Bengkel Labu Sayong Paya Lintah
Just another WordPress.com weblog

TEMPAHAN/LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PELANGGAN YANG DIHORMATI

Untuk membuat sebarang tempahan, diingatkan bahawa para pelanggan perlu membuat tempahan 2 bulan lebih awal. Bagaimanapun, ia tertakluk ke atas barangan tertentu dan keadaan semasa. Untuk proses tempahan, pengguna perlu membayar wang deposit terlebih dahulu dan diingatkan bahawa wang deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pelanggan membuat pembatalan tempahan di saat-saat akhir. Bagi tempahan yang melibatkan ukiran nama khususnya untuk majlis perkahwinan, anda dinasihatkan untuk membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum meneruskan tempahan. Ini kerana jika tempahan tersebut dibatalkan,  pihak kami tidak akan memulangkan wang deposit kerana ia akan membawa kerugian kepada pihak kami. Wang deposit perlu didepositkan ke akaun Maybank/Cimb pengusaha. Pelanggan dinasihatkan supaya  menyimpan slip deposit tersebut sebagai bukti dan perlu dibawa sewaktu pengambilan dibuat.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Bagi pihak sekolah, institusi pengajian tinggi serta badan-badan lain yang ingin mengadakan lawatan ke Bengkel Labu Sayong Paya Lintah perlu memaklumkan pihak kami terlebih dahulu dengan menghubungi kami atau menghantar surat permohonan rasmi ke alamat yang tertera dibawah. Antara maklumat yang perlu disertakan ialah jumlah pelawat,masa dan tarikh lawatan serta wakil dan nombor telefon untuk dihubungi.

BENGKEL LABU SAYONG PAYA LINTAH,

NO.141, KAMPUNG PAYA LINTAH,

33700 PADANG RENGAS,

KUALA KANGSAR, PERAK.

Atau, pelanggan juga boleh menghantar surat permohonan tersebut melalui e-mail : labusayong.payalintah@gmail.com


Advertisements
%d bloggers like this: