Bengkel Labu Sayong Paya Lintah
Just another WordPress.com weblog

Feb
07

Bengkel Labu Sayong Paya Lintah terletak di Daerah Kuala Kangsar dan mula beroperasi sekitar tahun 2000 sehingga sekarang. Bengkel ini  usahakan oleh Puan Saidah Binti Pandak Sidek dan keluarga. Antara perkhidmatan dan produk yang kami hasilkan adalah berasaskan tanah liat seperti:

-labu air, lampu, bekas pensel, potpouri, bekas telur,  perhiasan dan cenderahati untuk majlis perkahwinan. (sila lihat Katalog)

-perkhidmatan lawatan sambil belajar bagi sekolah-sekolah,  institusi pengajian tinggi dan badan-badan kerajaan/swasta berserta pakej-pakej tertentu yang telah kami tetapkan. Berikut adalah pakej yang kami sediakan.

Pakej 1 —>Lawatan sambil belajar – melihat secara rawak proses pembuatan labu sayong.

Bayaran = percuma.

Pakej 2 —>Lawatan sambil belajar – melihat secara keseluruhan proses pembuatan labu bermula pada peringkat awal hingga peringkat akhir (pembakaran).

Bayaran = RM100 per lawatan.

Pakej 3—>Lawatan sambil belajar + makan = RM6.00 seorang. Untuk menu sila berbincang dengan pihak kami (Cik Ila).

Untuk sebarang maklumat lanjut atau tempahan hubungi kami di talian 017-5279637(CIK ILA) @ Home : 05-7583093
atau email kami di: labusayong.payalintah@gmail.com

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.